About Us

Thursday, July 30, 2015

First product

The easiest I can do, and I love it :


+/- 1/2 kg snow cheese cake for RM25



Another favourite product

This is it. I shared this recipe before :


Eggless chocolate cuppies with peanut butter topping, chocolate drizzle, roasted peanut and almond and chocolate chip cookie.


Thursday, July 23, 2015

Dikongsi seterusnya - sesuatu yang indah

Saya baca di laman facebook Anis Food, saya kongsikan seterusnya disini.  Sesuatu yang indah, wajib dikongsikan.  Semoga kita semua mendapat faedah daripadanya, ameen.

“JANGAN MENUNGGU”
************************
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain. Maka kamu akan dipedulikan.
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia. Tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek baru bekerja. Tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai. Tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang. Tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti. Tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka kamu akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlahh..maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang untuk Tuhan. Tapi luangkanlah waktu untuk Tuhan.

Kredit yang tidak terhingga kepada penulis artikel ini. Terima kasih.

Tuesday, July 21, 2015

Keterujaan saya

As-salam,  saya ingin berkongsi ceritera. Saya harap saya akan dapat memperincikan pengalaman ini untuk kebaikan orang lain jua.

Secara jujur, sejak orang tersayang disahkan mengalami keadaan pereputan tulang yang agak kritikal, saya gigih cuba mencari penyelesaian terbaik  untuknya.  Ikutkan pihak hospital, mereka telah pun memberikan alternatif perubatan moden, suntikan berharga lebih kurang RM700 yang perlu diambil dalam tempoh 2 kali setahun, dilengkapi dengan pengambilan kalsium sebanyak dua kali sehari (sekali pagi dan sekali malam) dan vitamin D sekali sehari pada waktu pagi.  Saya akur walaupun agak keberatan (saya agak ortodoks mengenai hal ini) kerana saya percaya ada yang lebih baik daripada alternatif ini.

Saya masih berdo'a diberikan kemudahan dan jalan keluar olehNya. Baru-baru ini, saya mendapat satu maklumat mengenai tumbuhan ini : Pokok Moringa.  Syukur saya diberikan ilham olehNya untuk terus mencari.  Saya akan mula menggunakan tumbuhan ini sebagai alternatif untuk keluarga saya sendiri.  Saya akan cuba kemaskini maklumat yang saya dapati dan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi.

Semoga Allah izinkan saya untuk terus bebakti. Ameen ya rabbal 'alameen.