About Us

Tuesday, July 21, 2015

Keterujaan saya

As-salam,  saya ingin berkongsi ceritera. Saya harap saya akan dapat memperincikan pengalaman ini untuk kebaikan orang lain jua.

Secara jujur, sejak orang tersayang disahkan mengalami keadaan pereputan tulang yang agak kritikal, saya gigih cuba mencari penyelesaian terbaik  untuknya.  Ikutkan pihak hospital, mereka telah pun memberikan alternatif perubatan moden, suntikan berharga lebih kurang RM700 yang perlu diambil dalam tempoh 2 kali setahun, dilengkapi dengan pengambilan kalsium sebanyak dua kali sehari (sekali pagi dan sekali malam) dan vitamin D sekali sehari pada waktu pagi.  Saya akur walaupun agak keberatan (saya agak ortodoks mengenai hal ini) kerana saya percaya ada yang lebih baik daripada alternatif ini.

Saya masih berdo'a diberikan kemudahan dan jalan keluar olehNya. Baru-baru ini, saya mendapat satu maklumat mengenai tumbuhan ini : Pokok Moringa.  Syukur saya diberikan ilham olehNya untuk terus mencari.  Saya akan mula menggunakan tumbuhan ini sebagai alternatif untuk keluarga saya sendiri.  Saya akan cuba kemaskini maklumat yang saya dapati dan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi.

Semoga Allah izinkan saya untuk terus bebakti. Ameen ya rabbal 'alameen.

No comments: